guardian haul~ mr.diy haul~

 assalamualaikum

dua hari takde kat sekolah sebab kena pergi kursus jadi tak dapat nak update blog.. ni baru ada kesempatan nak mengadap laptop.. pagi tadi sibuk kat taman kutip kangkung untuk dijual kat cikgu cikgu.. sempat jugak aku rembat kangkung segar seikat.. esok boleh bawak bekal nasi goreng kangkung pergi kerja.. haa gituu mukadimah panjang..

GUARDIAN HAUL

sabtu lepas secara tak sengaja aku masuk dalam guardian konon nak usya usya sekali adik guardian tu cakap beli la kakak, ada promosi beli satu percuma satu.. boleh campur campur barang mekap mana yang kakak berkenan.. aku pon apa lagi bersinar mata pandang kosmetik yang bersusun atas rak.. jom tengok apa aku beli..

jadi aku beli dua barang dapat free dua barang.. untung ke tidak? mestilah untung.. ekeke
beli rimmel foundation RM29.90 dapat free wardah foundation RM29.70
beli lipmatte cream wardah RM22.90 dapat free powder silkygirl RM22.60
jumlah kena bayar RM52.80 sahaja.. πŸ˜„

aku dah pakai kesemua barang di atas dan aku rasa sangat berbaloi beli sebab semua besttttttt! dua dua foundation tu walaupon tak full coverage tapi sangat ringan kat muka macam tak pakai foundation.. tambah lagi pakai bedak silkygirl tu.. serius best! lipmatte cream wardah memang terbaik semua orang pon tau.. haha.. sekian review ikhlas dari aku.. pergi la terjah guardian ramai ramai tapi kejap kejap.. sale dah habis kot.. πŸ˜†πŸ˜ˆ

MR.DIY HAUL

tujuan masuk diy nak beli periuk je nak hadiahkan untuk umi tapi biasalah kedai bersaka ni.. mana boleh tengok kita banyak duit ada je nak menghasut suruh beli macam macam.. kehkehkeh *tiberrr

ala lupa edit nak letak nombor kat setiap barang.. πŸ˜“
tapi takpe la korang nampak je kan aku beli apa.. yang penting periuk colour pink tu kena nampak dengan jelas.. haha.. tu hadiah untuk umi dan alhamdulillah umi suka.. aku pon boleh join guna periuk tu sekali nanti.. πŸ˜‚
lain lain barang untuk laptop, untuk deco bilik dan untuk keperluan kat sekolah..

itu jela untuk entry haul kali ni.. aku sebenarnya suka berkongsi apa yang aku beli dengan korang.. harap korang tak bosan dan jangan kecam aku okay? aku bukan nak menunjuk sekadar berkongsi je mana tau korang pon terjebak.. πŸ˜† dah terjebak jangan marah aku pulak.. πŸ˜‚

bye!
xoxo

11 comments:

  1. huntong sangat tu buy 1 free 1. ala, sale habis dah ke..ber huhu je lah kita.

    Masuk Mr DIY memang tak sah kalau tak bawa benda lain keluar. comel pulak periuk warna pink tu. Alahaii macam nak terrrjebak je ni. ini semua salah Ezy! Hahaha

    ReplyDelete
  2. takde apa nak dikecamlah ezy oooii..

    ReplyDelete
  3. Kalau masuk Mr DIY, macam-macam nak dibeli.. hehehe

    ReplyDelete
  4. bestnya tang beli satu dapat free lain... dahla rege boleh tahan...

    ReplyDelete
  5. x pernah try lagi lip matte wardah

    ReplyDelete
  6. Selalu macam tu, nak beli sikit eh tetibe banyak pulak. Bedak silkygirl tu saya pun suka. Tapi sejak wajib pakai mask ni, jarang bermekap

    ReplyDelete
  7. Bese mmg kalau masuk tempat gini, dari nak beli 1 barang beranak jadi macam2 barang. hehe. Today is the last day to join my GA! :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete
  8. yaa kak kedai DIY memang bersaka hahaha . plan nak singgah sekejap , tapi sangkut pula dalam kedai hihihihi

    ReplyDelete
  9. dua2 kedai ni berhantu lg berpuaka. x sah kalau x keluar dgn 1 brg😁😁😁

    ReplyDelete
  10. periuk pink tu pn shida ade ezy tp amik wane biru dlm pink hahaa..xpe blasah je asal luar biru ^_^

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!