farewell ceremony

 assalamualaikum

diorang raikan aku sempena pertukaran aku ke sekolah baru empat hari berturut turut.. fuhh terharu mujur tak mengalirkan airmata je.. hehe.. rasa sebak jugak la sebab rupanya ramai yang sayang aku.. tak kurang jugak ada sorang dua yang dengki tu kita abaikan toxic people.. tak mendatangkan keuntungan untuk kita pon.. πŸ˜†

26/7/2020 (AHAD) - POTLUCK KECIK KECIK KAT PPKI

aku nak story pon ingat ingat lupa je ni, tapi sis cuba okay.. kitorang pakat buat potluck kecik kecik je tapi meriah jugak dengan makanan.. alhamdulillah.. majlis berjalan lancar walaupon simple je.. sesi bergambar tak payah cakap la, kalau guna kodak rasanya dah sepuluh kali tukar kodak dah.. haha

dapat kek dari akma.. 😊

thanks geng PPKI untuk majlis potluck dan hadiah ni.. πŸ’—

27/7/2020 (ISNIN) - OUTING WITH GENG GG

pagi tu aku pergi lapor diri dulu kat sekolah baru, petang tu kitorang geng gg keluar lepak kat kedai makan mr.celup tepung station.. dah lama sebenarnya geng gg ni tak lepak sebab PKP dan jugak kekangan masa.. so amek peluang ni borak lama lama sambil makan sampai kenyang.. πŸ˜†

sayang korang ketat ketat 😘

kami geng gg 😁
bukan senang nak amek gambar cukup semua ahli ni.. jarang jarang sekali terjadi.. haha

28/7/2020 (SELASA) - POTLUCK SEKOLAH & MAJLIS PERPISAHAN

dah jadi adat dan kebiasaan kat sekolah kalau ada cikgu ataupon staff yang bertukar akan buat jamuan potluck dan majlis perpisahan untuk yang dapat tukar.. aku pon diorang raikan jugak.. yela ramai orang sayang kan? tiberrr.. πŸ˜‚

ni je gambar yang ada.. boleh la kan? tengah sibuk makan tak sempat nak bergambar.. πŸ˜†

29/7/2020 (RABU) - MAKAN MAKAN ODEN KAT PPKI (LAST DAY AT SMKP)

sebab dah hari last kan diorang cakap jom la makan oden.. aku on je.. hari hari terakhir kat SMKP aku malas nak buat kerja dah.. excited kononnya nak ke sekolah baru.. tapi dalam hati sedih jugak nak tinggalkan  kawan kawan baik.. huuu

rindu korang wehhhhh~ 😭

sayang korang semua 😘

bye korang.. hihik~

gambar ada banyak sangat tapi tak termampu aku nak letak dalam blog ni semua nanti entry jadi panjang meleret tak best pulak kan.. kalau rasa nak tengok gambar gambar aku yang comel jemput la follow IG aku : ezy.fia ok nyempat je promot.. kahkahkah

jutaan terima kasih buat semua yang sudi meraikan aku walaupon aku ni insan biasa yang tak punya apa apa.. kehkehkeh.. tak terbalas jasa dan kebaikan korang semua.. ada jodoh kita jumpa lagi.. buat geng gg dan dak sima~ harap persahabatan kita kekal selamanya.. πŸ’—

bye!
xoxo

7 comments:

  1. wahhh bestnya dia
    banyak dapat hadiah, terutama toto memang best
    walaupun sedih tapi gembira jugak lah, diraikan

    nsibla masih dekat bila-bila boleh jumpa kan

    ReplyDelete
  2. Kita baik ramai sayang. Dikelilingi orang yang baik baik. Alhamdulillah..banyak hadiah dapat tu Ezy.

    ReplyDelete
  3. Banyaknya hadiah Ezy dapat. Moga baik-baik saja di tempat baru :)

    ReplyDelete
  4. wah best dpt byk hadiah. hehe all the best di tempat baru.. Jemput join my GA :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete
  5. cedihnya part berpisah tu but in sya Allah ada rezeki jumpa lagi. meriah dpt byk hadiah...alhamdulillah..ramai yg sayang!

    ReplyDelete
  6. semoga hubungan geng2 ni berkekalan hingga akhir hayat.. keep in touch always..
    kat sekolah baru, dapat geng baru harapnya semua ok2 je

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!