shopee haul~ sebab nak dapat free postage je

assalamualaikum

first sekali aku nak mintak maaf kat korang yang mana korang singgah ke blog aku tapi aku belum sempat lagi nak melawat blog korang.. buat masa sekarang sempat update entry je lepas tu aku menghilang.. esoknya muncul lagi dengan entry baru lepas tu hilang lagi.. haha.. insyaAllah nanti aku blogwalking secara pukal okay.. kehkehkeh

hari ni nak cerita pasal aku tershopping kat shopee.. kisahnya nak beli case untuk external hard disk je tapi terbeli benda lain pulak gara gara nak dapatkan free postage.. aku terfikir camni, sebab harga barang yang aku nak beli tu lagi murah dari harga postage.. berbaloikah nak beli? berbaloikah abang poslaju ataupon abang j&t nak hantar seketul barang je ke rumah aku? atas faktor tidak berbaloi itulah aku tershopping barang lain jugak.. 😂

beg make up untuk bawak travel colour pink RM7.50
case pouch untuk external hard disk colour merah RM5.86
tempat letak kotak tisu dalam kereta RM4.50

total semua untuk barang barang di atas ialah RM17.46 lepas tu tolak dengan shopee coins RM4.37 jadi aku kena bayar RM13.09 sahaja tidak termasuk harga postage tu la sebab dapat free.. 😁

aku nak tanya korang la.. selalu korang kalau shopping kat shopee memang nak free postage ke? ataupon korang main redah je asalkan korang dapat barang yang korang nak tu? sila sila komen kat bawah.. sebab aku sejenis yang kalau shopping kat shopee manjang nak free postage.. 😂

soooooo, kalau ada yang berminat nak dapatkan barang barang di atas boleh terjah kedai ni https://shopee.com.my/dactech 😄


selamat membeli belah!

bye!
xoxo

3 comments:

  1. Fiza pun kadang macam tu gak sibuk. sempat update lepas tu hilang. ada masa baru lah dapat blogwalking. bab shopping tu pun sama juga. lebih berbaloi beli lebih kalau harga barang murah dari postage kan.

    ReplyDelete
  2. Betul berbaloi beli barang kena lebih harga pos.
    Memang selalu hendak pos percuma kalau boleh.
    Singgah hujung minggu.

    ReplyDelete
  3. Nah, kalau ada program gratis ongkir begini .. belanja jadi nambah semangat.
    Aku kalau belanja online juga nunggu gratisan ongkir ��

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!