makan laksa dalam tempurung

assalamualaikum

macam mana la aku nak diet, asyik makan je kerja.. nak dijadikan cerita semalam elok dah aku bawak bekal pergi kerja tapi dak akma tetiba je ajak keluar lepak sambil makan laksa.. aku ni pantang orang ajak terus on je.. diet? esok jela.. 😂 sudahnya makan bekal kat rumah lepas balik kerja..

dah nama pon ajak melepak tak syok la kalau berdua je kan, maka beramai ramai la kitorang melepak kat kedai yang katanya viral makan laksa dalam tempurung.. kedai tu tak jauh sangat dari sekolah tempat aku kerja ni, dalam lebih kurang 10 minit je sampai.. walaupon dekat, tapi serius la aku tak tau pon kedai tu viral.. nampak tak aku ni memang tak ambik tau pon pasal dunia luar? kehkehkeh

sedap ni aku bagi 4.5 bintang.. 😋

kalau orang tanya apa istimewanya makan dalam tempurung, aku pon tak tau nak jawab macam mana.. bagi aku la lagi syok makan laksa dalam mangkuk.. mungkin nak nampak rare dan lain dari yang lain maka tercetusnya idea owner kedai ni nak guna tempurung untuk makan laksa.. menu lain elok je makan dalam pinggan mangkuk.. 😅 tapi laksa kedai ni memang sedap! cukup rasa!

kami 💗

suasana kat kedai ni memang sesuai untuk melepak sebab makan pon bawah pokok ditemani angin sepoi sepoi bahasa tapi kalau hujan tak payah cari penyakit la nak makan bawah pokok.. sis tak dapat nak tolong payungkan.. 😆

kalau korang yang berada kat setiu nak try makan laksa dalam tempurung boleh la singgah kedai ni kat kampung nyatuh..

bye!
xoxo

12 comments:

  1. wahhh rare ni makan dalam tempurung. kuah laksa dia nampak sedap.

    ReplyDelete
  2. Lain dari yang lain ni pakai tempurung. Unik!!

    ReplyDelete
  3. i pun tak tahu pun ada kedai viral ni kat setiu. makan laksa dalam tempurung. kalau laksa dia sedap, makan dalam apa pun takpe, janji sedap kan..

    bestnya ada kawan ramai kat opis. melepak lunch kat luar.

    ReplyDelete
  4. memang rare makan dalam tempurung.. tapi macam kecil lak nengok nya hehehe... tak puas bagi orang yang suka kuah banyak mcm akak ni...
    best nya tempat tu bawah pokok layan angin sepoi2

    ReplyDelete
  5. Kira dalam mangkuk juga ni. Mangkuk ala tempurung. Nak nampak rare, inilah tarikan utama dia. Sedap tu makan laksa. orang ajak memang tak tolak. hihi

    ReplyDelete
  6. zaman sekarang mmg pemilik restoran kena buat idea yg lain dr yang lain untuk dapat tarikan...tu kot jadi laksa tempurung, hehe. Lagipon org zaman skarang kan suka amik gambar post kat insta. kalau letak ice cream pon comel je.

    ReplyDelete
  7. cantik tempurung tu.. lepas makan terus buang ke?

    ReplyDelete
  8. Boleh tau tak location dia di mana ye? Nak search apa kat waze. Teringin nak try

    ReplyDelete
  9. unik juga presentation diorg kan, guna tempurung. ada trademark tambah lagi laksa yg memang sedap

    ReplyDelete
  10. lepak ramai2 sekali tu yang tambah selera tu..
    comeyyy dalam tempurung. tapi saya x minat laksa..

    ReplyDelete
  11. Alahai kiut je laksa tu dihidang dalam tempurung.
    Akak memang suka laksa...terliur tengok!

    ReplyDelete
  12. Sedapnya laksa tempurung.. kt penang tak dibenarkan pakai sebab kotor. Semua kedai tukar mangkuk plastik

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!