makcik peminat drama korea baru nak up

assalamualaikum

seingat aku sepanjang hidup menghampiri 35 tahun ni, tiga je drama korea yang aku layan iaitu winter sonata, autumn in my heart dan jugak my girl.. paling banyak aku tengok cerita my girl la.. ulang tengok beratus kali tak pernah bosan.. tiap kali tengok, tiap kali tu la aku menangis.. entah pape makcik ni.. 😂 dan sekarang aku terjebak pulak dengan cerita lawless lawyer.. baru je habis tengok dan sumpah weh cerita ni best giler! menyesal pulak tak minat korea dari dulu.. kehkehkeh

*pic from google

senarai pelakon :

1) Lee Joon Gi sebagai Bong Sang Pil (Peguambela)
2) Seo Ye Ji sebagai Ha Jae Yi (Pendakwaraya / Peguambela)
3) Lee Hye Young sebagai Cha Moon Sook (Hakim)
4) Choi Min Soo sebagai An Oh Ju (Datuk Bandar)
5) Yum Hye Ran sebagai Nam Soon Ja (Setiausaha Hakim)
6) Cha Jung Won sebagai Kang Yeon Hee (Pendakwaraya)
7) Ahn Nae Sang sebagai Choi Dae Woong (Ketua Gangster)
8) Park Ho San sebagai Chun Seung Bum (Pendakwaraya)
9) Baek Joo Hee sebagai No Hyun Joo (Mak Ha Jae Yi)

tergerak hati aku nak layan drama ni hari tu tengok IG story sapa entah ada share pasal cerita ni lupa pulak aku sebab dah lama.. kebetulan pulak masa tu aku tengah busy mendownload drama korea yang orang cakap best, jadi download la sekali cerita lawless lawyer ni.. hero tu aku kenal dia berlakon dalam cerita my girl tu kan.. tu jela aku kenal.. biasa la baru nak up.. 😂 bila dah download amek masa jugak nak layan sebab busy dengan kehidupan seharian.. ni pon curi curi masa nak tengok masa anak tidur.. 😁

serius la jalan cerita drama ni memang best.. korang patut layan cerita ni.. cara nak balas dendam tu bukan guna keganasan semata mata.. tapi guna otak, guna undang undang.. bagi aku bong sang pil ni gila betul cerdik dia.. masa kecik dia makan apa entah bila besar cerdik yang amat.. 😂😂

sinopsis lawless lawyer :

Sang-pil kembali ke Kisung untuk membawa mereka yang bertanggungjawab di atas kematian ibunya ke muka pengadilan. Beliau mengambil alih perniagaan pinjaman wang dan menukarkannya ke Firma Undang-Undang Lawless. Jae-yi digantung sebagai peguam kerana menyerang seorang hakim, kehilangan pekerjaannya, dan juga pulang ke Kisung. Beliau tidak lama kemudian bekerja untuk Sang-pil, dan kemudian menjadi rakan kongsinya selepas penggantungan beliau tamat. Selepas mempelajari kebenaran tentang Moon-sook, beliau menyertai Sang-pil dalam usaha mengejar keadilan untuk ketidakadilan yang berlaku keatas kedua ibu-ibu mereka. Bersama-sama, mereka menggunakan undang-undang untuk melawan Moon-sook dan rakan-rakannya. Lama kelamaan, mereka jatuh cinta.

Moon-sook, Oh-joo, dan rakan-rakan mereka menentang Firma Undang-Undang Lawless. Mereka memalsukan kes mahkamah, membunuh Dae-woong sambil memfitnah Sang-pil, dan menyerang Jae-yi. Sementara itu, mereka semakin berpengaruh dan membina kuasa politik. Oh-joo menjadi datuk bandar Kisung dan Moon-sook dicalonkan untuk ketua hakim di Mahkamah Agung. Walaupun terdapat halangan dalam perjalanan mereka, Sang-pil dan Jae-yi berjaya mendedahkan jenayah Moon-sook. Moon-sook dan rakan-rakannya berakhir di penjara, sementara Oh-joo bunuh diri. Jae-yi dan Sang-pil kemudian kembali ke Seoul untuk membantu Pendakwa Cheon Seung-beom melawan pegawai-pegawai korup.

sumber : wikipedia

untuk korang yang tak minat nak layan drama korea macam aku dulu dulu, aku cadangkan korang layan cerita ni dulu.. mana tau lepas ni boleh join aku jadi geng makcik peminat drama korea baru nak up.. 😂

bye!
xoxo

10 comments:

  1. Drama My Girl dengan High Kick 2 yang aku tgk sampai habis. My Girl tu tgk dgn ko kat Shah Alam dulu.

    Drama ni aku nk try cari la dalam internet nanti. Sebab lately dah takde tgk drama korea

    ReplyDelete
  2. sy belum ada ms yg betul2 senggang sekarang ni... cite ni pun mmg dah aim lama. sbb sy ni kalu nk tgk x leh stop2 kena jln terus heheheh baru ada feel hahaha

    ReplyDelete
  3. akak tak layan drama ni, akak kalau sempat tengok drama dari awal baru akak layan, kalau tak sempat dari awal malas nk layan hehehe... kadang tengok pelakon jugak kalua best awal2 akak dah rekod, hujung minggu baru tengok

    ReplyDelete
  4. Pelik kalau orang tak layan Kdrama ni sebab Mrs.A ni addicted Kdrama hahaha...

    ReplyDelete
  5. tk layan drama korea..drama melayu pn ikut sempat nk tgk kalo ada plakon fav..mcm lama tk tgk tv hehe

    ReplyDelete
  6. winter sonata dengan autumn in my heart tu zaman2 kak ana dulu ezy, laa ni anak kak ana kaki Kdrama ni hehe :)

    ReplyDelete
  7. drama korea ni tengok juga jalan cerita nya. kalau yg biasa2 tu jarang sangat lah tengok, hehe

    ReplyDelete
  8. Belum sempat lagi nak layan drama musim berkurung ni.

    ReplyDelete
  9. Hi i'm new .. try lah lewati sye punye website ye

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!