hasil penebusan etunai rakyat

assalamualaikum

orang lain dah lama kecoh pasal ni aku baru nak gebang.. baru semalam ada masa nak berbelanja menggunakan ewallet hasil penebusan etunai rakyat sebanyak RM30 seorang.. aku macam tamak sikit bab duit ni, paksa suami suruh tebus sekali.. dapat la lagi RM30.. maka suami isteri bersama anak diorang berjimba la kat mr.diy untuk shopping.. kehkehkeh..

suami aku beli :
1. kolam untuk anak
2. buku colour untuk anak

aku beli :
1. biskut dan jajan
2. buku nota comel
3. mainan anak

ok tu je lima barang habis RM60??? sebenarnya bukan la ngam ngam RM60 ada lagi balance tu tak banyak la.. haha.. zaman sekarang semua benda mahal kot kalau dulu RM60 tu boleh beli satu troli penuh.. tapi tu la usah dikenang benda yang dah lepas.. 😆

besar jugak kolam ni harganya dalam RM27 gitu la.. muat la untuk dua orang budak gebu.. 😂 tu nampak kaki gemok sofia tak sabar nak mandi kolam.. 😏

buku nota comel ofcourse la colour pink.. harganya RM12.90 aku beli nak tulis pasal diet aku dalam ni.. dah lama plan nak beli tapi tak terbeli.. tunggu duit jatuh dari langit baru dapat beli.. 😆

korang beli apa je dengan etunai rakyat tu? share la jom.. hehe.. rugi la kalau tak tebus, orang bagi kita amek je.. kira rezeki la ni syukur alhamdulillah.. korang yang tak tebus lagi tu cepat cepat la claim sebelum tamat tempoh!

p/s : gambar barang barang lain tak sempat nak amek agak kelam kabut sikit petang semalam dengan sofia buat perangai lagi.. mommy is sabar jela..

bye!
xoxo

11 comments:

  1. sy tak beli apa2.. beli topup ja utk sebulan haha

    ReplyDelete
  2. Dpat duit shopping la apa patut kan. Kita belum redeem lagi. Lagilah ketinggalkan jauh.

    ReplyDelete
  3. berbaloi. I mean banyak benda boleh spend with that amount if we know how to use it wisely.
    that unicorn book is so cute.

    ReplyDelete
  4. Berbaloi gak mcm2 boleh Beli kan

    ReplyDelete
  5. haah sy beli topup sebulan jugak hehehe. ehhh tapi mcm best jugak kan kalau shopping guna e-tunai tu kat Mr DIY hehe

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!