shopping untuk anak dara mommy

assalamualaikum

dah cakap kat suami, dapat bonus nak memborong baju untuk sofia.. memandangkan budak kecik tu semakin membesar dengan jayanya banyak dah baju baju dia yang dah semakin mengecil.. haha.. ada yang pernah pakai sekali je lepas tu tak muat dah.. nasib baik baju sofia banyak mommy beli yang mur mur je.. tak la rasa membazir sangat kan.. kebetulan semalam aku kerja halfday je sebab bawak sofia ke klinik gigi, lepas settle hal gigi dia pecut terus ke mydin mall untuk beli baju anak dara mommy sorang tu.. 😄

princess tido.. 😅

keluar dari pagar klinik, si kerinting ni dah mengantok sebenarnya tapi elok je nyanyi lagu didi bagai ngam ngam nak sampai mydin mall boleh pulak tertido.. terpaksa la mommy dengan papa meronda dulu sementara nak tunggu dia bangun.. dia ni kalau ada yang kacau dia tido boleh rosak mood seharian.. bagi dia betul betul cukup tido dulu baru la happy je nak shopping nanti.. sempat la mommy menyinggah ke DIY dulu cari barang mommy.. ekeke..

jom tengok hasil membeli belah baju sofia dalam keadaan kelam kabut sebab sofia taknak jalan asyik nak dukung je.. mommy is pasrah.. ingatkan cukup tido happy tapi salah jugak tekaan mommy.. happy jugak tapi happy nak berdukung.. 😆

RM5 je sehelai.. aku amek dua helai jadi RM10 sahaja..

yang ni RM10 sehelai.. beli tiga helai RM30..

selit sekali beli seluar sebab seluar sofia banyak yang dah senteng.. anak mommy dah tinggi.. 😍
yang ni RM50 untuk tiga helai..

mur mur je baju sofia.. budak budak cepat sangat membesar kalau beli baju mahal rasa macam membazir yela pakai sekali dua lepas tu dah tak muat.. kalau baju murah murah tak la rasa membazir sangat.. bukan sebab berkira dengan anak okayyyy.. tak baik tuduh aku macam tu! *tetiba.. kehkehkeh.. untuk raya boleh la kot beli baju mahal sikit.. setahun sekali.. lagipon aku ni bukan orang kaya.. masih sedar diri yang aku ni rakyat marhaen.. 😆😆 tak kisah la mahal ke murah ke janji anak selesa.. dan kita pon happy..

lama tak update blog, aku busy sikit dengan urusan makmal.. nanti kurang busy aku update banyak banyak sampai korang muak.. ok gurau je.. haha..

bye!
xoxo

10 comments:

  1. apa ada hal baju murah ke mahal. kita beli ikut kemampuan kita janji anak tu berbaju. lagipun budak ni kejap je dah membesar.

    ReplyDelete
  2. akak pun masa aiyan kecik beli baju murah-murah je dik, dh besar ni pun sama je... cuma kadang sesekali baju jalan or baju raya baru beli yang mahal sikit... kalau tak yang biasa-biasa je... janji selesa kan

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam. lawa sungguh semua baju2 dress tu. berkenan sangat ^_^

    ReplyDelete
  4. better beli yg murah2 je.. budak cepat besar.. boleh jimat untuk tampung keperluan lain plak..

    ReplyDelete
  5. yalah budak2 cepat membesar, takpa mur asal dia selesa.

    ReplyDelete
  6. setuju sangat.. Sha pun beli yang murah2 je.. Sebab dia tengah membesarkan.. nanti pakai sekali dua dah senteng..

    ReplyDelete
  7. bole je baju2 lama sofia tu donate kat anak2 sedara lain kanns.. hehehe

    ReplyDelete
  8. Sakan bergayalah Sofia lepas ni :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah rezeki Sofia. Seronok ada baju baru. Memang budak budak cepat membesar.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!