OOTD mur mur #4

assalamualaikum

aku ni bukan pandai sangat nak bergaya macam orang lain tapi sebab suka bergambar gigih jugak berOOTD walaupon buruk.. sebenarnya bukan nak share betapa buruknya aku berposing tapi lebih kepada nak share pakaian yang aku pakai yang mampu milik.. mana tau korang pon nak beli kan.. tu tujuan sebenar segmen ni diwujudkan.. mohon jangan kecam.. 😆

OOTD kali ni simple je.. selalu pon memang simple je kan? mana pernah OOTD aku gempak.. kahkahkah

tudung kekaboo RM25
t-shirt bundle RM3
skirt beli kat shopee RM12.50

aku lupa bila dah gambar ni diambil, mungkin minggu lepas kot masa nak pergi beli barang dapur.. haha.. banyak makan semut ni mudah lupa.. 😑 skirt tu sangat selesa la bila pakai tapi tak tebal sangat.. material jenis kain kulit laici.. mudah berkedut jugak la aku rasa sebab skirt tu aku pakai berkedut seribu.. dalam gambar tak nampak la diknon.. berbaloi la dengan harga murah tapi still nampak comel kan.. 😊 so kalau korang berminat nak beli skirt tu jugak boleh terjah kedai dia kat shopee.. [KLIK SINI]

untuk baju pulak aku pernah gebang kat entry ni [KLIK SINI] ye bundle sahaja tapi nampak ok kan? haaa bundle pon ok whattt.. kalau pandai pilih boleh dapat lagi cantik tau.. dah pernah pakai sekali itu hari tapi tak berOOTD.. pakai lagi sekali baru beriya nak berOOTD sebab nak gebang kat korang la.. 😜

amacam ok ke tak?

bye!
xoxo

19 comments:

  1. Bundle pun ada yang ok. Fiza pun ada jugak beli barang bundle.

    ReplyDelete
  2. baju janji sopan dan selesa, akak jenis simple jugak

    ReplyDelete
  3. Bundle mana tu tshirt rm3, murah betul ni. Boleh shopping heheheh :p

    ReplyDelete
  4. Hehe kte pun tak pandai nak ber ootd hentam je hahahah

    ReplyDelete
  5. asalkan selesa. tu yg penting pada kak ^_^

    ReplyDelete
  6. Kalau tak bagitahu details beli kat mana, tak tahu pun tau kita. 😂

    ReplyDelete
  7. tak perlu mahal sis, dah cantik dah tu asal sopan 😍

    ReplyDelete
  8. tudung tu kak ana berkenan ezy hehe :)

    ReplyDelete
  9. simple OOTD dan selesa dipakai semestinya

    ReplyDelete
  10. Saya pakai skirt ni g keje ngan g majlis je. Senang nak melangkah. Hihi

    ReplyDelete
  11. OOTD tak perlu yg mahal-mahal pon boleh je.
    kena kreatif mix & match mcm ezy je kan? kan? hehe

    ReplyDelete
  12. wah.... sejak2 skrg ni asyik OOTD je.. Nice OOTD sis

    ReplyDelete
  13. Skirt tu.. murahnya.. nak usha juga..

    ReplyDelete
  14. Mur mur asalnca cantik xde masalah

    ReplyDelete
  15. biarlah orh nk ckp apa janji happy..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!