menuju ke puncak drawbrigde

assalamualaikum

bukan main tajuk nak gempak je kan.. sebenarnya tak plan pon nak pergi panjat puncak drawbrigde, semalam keluar pergi beli buah je pon kat giant lepas tu tengok jam macam awal lagi, ajak la suami jalan jalan.. lalu ikot jambatan angkat tu datang idea nak naik atas sebab tak pernah naik lagi.. orang lain dah naik, aku taknak ketinggalan la.. tak terengganu la kot kalau tak naik.. 😆

sebelum naik kena beli tiket dulu..
harga tiket RM5 untuk dewasa..
kanak kanak bawah 3 tahun free.. atas 3 tahun tak silap aku RM5 jugak..

sementara tunggu dapat tiket tu boleh la tengok replika drawbrigde ni.. terletak berhampiran kaunter tiket tu je..

drawbrige ni ada tiga tingkat je, tingkat satu lobi, tingkat dua aku tak pasti apa benda sebab tak bukak lagi dan tempat yang nak dituju ni terletak di tingkat tiga.. jangan risau ye panjat guna lif.. matilanak kalau nak panjat guna tangga.. 😂 nak menapak ke drawbrigde ni dah satu hal, parking jauh oi aku rasa macam hiking bukit pon ada.. tapi boleh bakar lemak.. haha

dah sampai atas, tuju kat sini dulu.. anak aku ni berani je duk tempat tinggi.. aku tak boleh tengok bawah rasa nak pitam.. 😂

walaupon aku ni penakut, nak jugak bergambar kat sini..
boleh la sipi sipi kan.. 😆

ni kat ruang tengah.. takde benda pon sebenarnya ada galeri am je..
boleh la tengok tengok gambar sambil baca info info menarik.. 😁

kalau orang tanya best ke naik atas ni, aku jawab best je sebab aku ni sejenis yang suka bergambar.. macam aku bagitau tadi, kat atas ni ada galeri je kalau setakat nak suka suka bergambar tengok view dari atas berbaloi la naik.. yang pasti si sofia happy naik atas ni sebab dia rasa macam bebas kot boleh ke sana ke sini.. 😄

susah nak ajak budak kecik ni bergambar.. dia sibuk nak tengok bawah.. nak lari lari..

tengok.. dia nak lari.. 😑

alang alang dah naik atas, bergambar sakan la aku.. biar berbaloi bayar RM5, dapat gambar cantik cantik.. dah penat berjalan dari tempat parking ke sini takkan nak naik kejap je kan.. amek angin sampai penat kat atas nun.. 😆 gambar banyak banyak aku simpan dalam fon jela malas nak upload kat blog.. letih nak upload satu satu.. ekeke..

masa ni sofia dah ngantok dah penat.. kesian dia.. merengek ajak turun.. 😅
ikot hati mommy memang taknak turun lagi punya la syok duk tempat tinggi.. dasar jakun aku ni.. kahkahkah

dah turun bawah menapak lagi kat kereta, masuk dalam kereta suami mengadu lapar.. duk kat atas sana punya syok bergambar tak pulak rasa lapar.. 😂 si sofia masuk kereta je mintak susu lepas tu tidur.. kesian anak mommy.. letih sangat la tu.. 😅

dibuka setiap hari.. hari hari pon korang boleh naik.. 😊😁😆

korang yang kat luar sana, kalau datang terengganu wajib singgah sini ok.. amek gambar banyak banyak buat kenangan.. seronok!

bye!
xoxo

10 comments:

  1. I is gayat, so kak pip tak lah kot nak naik benda2 mcm nk, hehe.

    ReplyDelete
  2. insyaallah..bila agaknya next trip ammi ke Terengganu. Bajet ilek ni.

    ReplyDelete
  3. wahhhh menariknya, lepas ni kene datang try naik jugak lah... macam2 ada dalam tu, mesti cantik dapat tengok view situ

    ReplyDelete
  4. macam best je..

    teringin juga nak pergi ..

    mudahan ada rezeki dan kesempatan waktu

    ReplyDelete
  5. I belum naik sini lagi. Tunggu la i balik Tganu nanti, i terjah sana..

    ReplyDelete
  6. Dah jadi salah satu tarikan utama pergi terengganu. So pergi terengganu wajib datang sini. Suka gak tengok view dari tempat tinggi.

    ReplyDelete
  7. Kalau ke terengganu mungkin bolehla singgah sini tengok-tengok.

    ReplyDelete
  8. wahh bestnya..nanti tahun depan nak plan ke sini laa..

    ReplyDelete
  9. x kira thn dpn dtg terengganu mesti naik jg!

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!