jamuan perpisahan

assalamualaikum

semalam ada sikit jamuan perpisahan kat bilik guru untuk raikan cikgu cikgu yang dapat tukar.. dan aku masih mereput di sekolah ni tak tau la bila pulak giliran aku nak tukar.. 😭 *tiberrr nak sedih.. ok berbalik kepada jamuan tadi, maka rosakla diet aku untuk semalam.. hari ni pon diet akan rosak jugak sebab ada lagi jamuan.. yang hari ni punya majlis nanti aku update lain..

ni la cikgu cikgu yang dapat tukar tu.. kak wan dan jugak nor.. yang si yana tu sibuk jugak nak menyelit pantang nampak camera.. 😆
ada sebab kukuh kenapa diorang dapat tukar.. alhamdulillah rezeki mereka.. 😊

acah acah big hug~
dan macam biasa aku, yana dan akma memang giler bergambar.. mana mana ada je muka kitorang.. 😂

selamat maju jaya dan selamat bertugas di tempat baru buat kak wan dan jugak nor.. sedih la lepas ni tak boleh nak menggedik dah dengan diorang.. diorang tak gedik aku je yang gedik.. kikiki.. semoga kalian bahagia di sekolah baru.. jangan lupakan aku di sini.. 😢 *beriya bagi ucapan takde nya diorang baca blog picisan aku ni.. haha

gambar makanan lupa amek sebab sibuk nak makan lepas tu sibuk nak bergambar.. menu semalam nasi putih, gulai kuning ikan tongkol, sambal belacan, pengat ubi, pengat durian, kuih muih dan macam macam lagi la.. tapi aku makan sikit je sebab masih sedar diri yang aku ni tengah berusaha untuk nipiskan badan.. 😆

bye!
xoxo

12 comments:

  1. setiap pertemuan pasti ada perpisahan..

    normal la tu

    ReplyDelete
  2. berpisah ngan rakan sekerja mana tak sedih, tambah kalau dia rapat ngan kita. Tapi itulah lumrah bekerja ni kan.

    ReplyDelete
  3. Bila bertemu pastinya akan berpisah kan..
    cikgu² ni mmg klu pertukaran lambat kan..

    ReplyDelete
  4. itulah baru nk tanya mana gambar makanan heheheheh

    sedapnya pengat ubi dengan pengat durian... lama sangat tak makan pengat ubi

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah. lepas ni rezeki awak plak boleh tukar sekolah. aminnn...
    dah kurang kawan, nanti dapat kawan baru plak.

    ReplyDelete
  6. baca title tadi excited mau tengok gambar makanan hahhaha ehh :D
    people come n go ,itulah lumrah dalm hidup ni hehe

    ReplyDelete
  7. Tak suka jamuan perpisahan sebab last-last sedih nanti. huhu..apapun setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Selamat bertugas di tempat baru untuk cikgu² yang bakal bertukar

    ReplyDelete
  8. Dah macam satu kebiasaan jamuan perpisahan katanya tapi bila bergambar happy ;-)

    ReplyDelete
  9. sedih nya. kak ayu pun weekend depan geng sorang nak balik dah..cedih. but will keep in touch... in sya Allah.
    wah..byk dpt hadiah..

    ReplyDelete
  10. hakikat hidup, setiap pertemuan pasti ada perpisahan...

    ReplyDelete
  11. Semoga terus berjaya buat lawn Tu.. biasalah adat manusia bertrmu Dan berpisah

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!