GM diet batch dua

assalamualaikum

minggu lepas aku buat GM diet tapi untuk lima hari sahaja mula pada hari ahad dan berakhir pada hari khamis.. memandangkan hari jumaat tu hari cuti lepas tu macam banyak pulak plan dalam pale otak ni jadi aku putuskan untuk tidak meneruskan GM diet untuk hari keenam dan hari ketujuh.. total lost untuk lima hari berGM diet ialah 1.8kg.. 😄 untuk batch satu korang boleh klik sini!

jom tengok menu GM diet aku untuk kali kedua ni..

my bento : apple + mangga + buah naga putih + oren
pinjam bekas makanan anak.. 😂

my bento : sweet potato + tomyam sayur dan cendawan
sepatutnya ubi kentang tapi aku tukar ubi keledek.. sukati je kan? jangan ikot perangai iols ok.. 😆

my bento : sup sayur dan cendawan + buah naga putih + pear + kiwi

my bento : susu farm fresh low fat + pisang

my bento : ikan kukus serai + air asam tomato

semua sedap sedap sebab aku masak sendiri lepas tu mulut aku yang telan.. haha.. yang di atas tu la bento aku bawak ke tempat kerja selama lima hari.. nampak macam senang je GM diet ni tapi sebenarnya mencabar jugak.. yela tengok orang lain boleh makan macam macam, kau pulak terpaksa makan apa yang telah ditetapkan jeeeee..

kalau nak cuba GM diet ni boleh je, pastikan mental dan fizikal kuat ye.. tekadkan dalam hati yang kita nak sihat! kuatkan iman dan jangan mudah tergoda dengan makanan yang sedap sedap.. 😆

bye!
xoxo

20 comments:

  1. good luck sis . saye nie mental tak kuat , mudah tergoda tengok makanan . Hahahahah . .

    ReplyDelete
  2. Terbaik! sangat mencabar nak konsisten pengambilan menu diet ni.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah kalau saya memang tak kuat dah mental nak makan macam ni hehe. Semoga berjaya ya, btw first time singgah sini. Salam kenal and jemputlah mai blog usang saya.

    ReplyDelete
  4. menariknya diet ni, yg best banyak jugak turun.... tapi akak ni tiap hari kene telan jugak walaupun roti... tu yg susah nk turun tu

    ReplyDelete
  5. kuat semangat u sis.. i dah kelaut dalam..haha

    ReplyDelete
  6. apa2 diet pun kena kuat semangat & tekad.. caiyok caiyok!!

    ReplyDelete
  7. apa maksud GM diet sbnrnya? tomyam sayur tu nampak sedapp

    ReplyDelete
  8. hesh.. MOga terus istikomah ya dik. Saya memang tak kuat nak teruskan. Bila dah mula give up... dia punya saka nak makan tu memang tak boleh ampun..

    ReplyDelete
  9. Goodluck..
    betul mental fizikal mmg kena kuat utk diet ni...
    Penah byk kali buat tapi kecundang di saat² akhir kekeke

    ReplyDelete
  10. good luck..kena betul2 kuat semangat ni..hehe

    ReplyDelete
  11. kecur air liur tengok menu pun sedap-sedap walaupun makanan berdiet ni

    ReplyDelete
  12. baru first time dgr pasal gm diet ni. gudluck lah ya

    ReplyDelete
  13. good luck sis! 1.8kg dalam seminggu tu ok je. slow2 janji mantain

    ReplyDelete
  14. nampak buah je..hehee..nak carila buah naga

    ReplyDelete
  15. Dalam masa seminggu boleh turun beberapa kg kalau betul NJ Kan.. mama penah Cuba menjadi tapi Iman X kuat kiki

    ReplyDelete
  16. sy surrender dulu sbb iman mmg takuaddd

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!