terjatuh cinta dengan kopi pulak!

assalamualaikum

aku ni bukan manusia penggemar kopi tapi sejak mula diet aku dah jatuh cinta dengan kopi ni.. mula mula memang rasa pelik sebab kopi kosong je kan tapi lama lama rasa sedap pulak.. setiap hari mesti nak minum kopi ni.. sangat sesuai la untuk orang yang tengah diet sebab kalorinya sangat rendah satu sachet 7kcal sahaja.. 😊

*pic from google
ini la rupa kopi sedap tu.. kopi essenso nama diberi.. 😆

antara biru dengan pink aku lebih suka pink.. rasanya lembut tak strong sangat.. kalau biru tu memang kaw tapi tak berapa kena dengan tekak aku.. mungkin aku ni bukan penggemar kopi tegar.. haha.. kalau korang suka kopi kaw boleh try yang biru punya.. 😄

ni kopi kosong tau memang rasanya pahit pahit sikit tapi sedap! aku selalu minum kosong macam tu je kadang kadang campur dengan susu farm fresh.. Allahu.. sedap sungguh! dan kopi ni jugak sesuai untuk sahur.. serius sangat mengenyangkan.. perut takde meragam pon masa puasa tu.. tambah bertenaga lagi ada la.. 😁

hari hari bawak bekal kopi essenso pergi kerja letak dalam termos pink ni.. 😋

sejujurnya ini bukan paid review ye.. aku saja share dengan korang sebab ni je datang idea nk update blog.. tengah rajin mengupdate ni, kang datang malas sebulan tak berupdate.. 😆😆

bye!
xoxo

15 comments:

  1. haritu ada minum kat rumah SIL sedap...tp asal beli kopi mesti terbeli brand lain. ishhhh

    ReplyDelete
  2. Mrs. A memang pegggemar kopi tapi belum pernah cuba lagi kopi Essenso nih!
    Nanti nak cubalah ;-)

    ReplyDelete
  3. kopi glemer utk geng diet ni.. btw termos pink & laptop pink awak cute.. memang sejak lahir suka benda cute ye??

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Byk dekat pasaraya. Tp hati2 dengan warna label.. kalau utk diet ambil label pink

      Delete
  5. selalu nmpk billboard je tp x penah cuba kopi ni

    ReplyDelete
  6. lepas ni nk try lah minum coffee essenso.

    ReplyDelete
  7. bkn penggemar kopi tp bila mengantuk cari kopi juga la sesekali

    ReplyDelete
  8. kalau fiza mesti suka yang biru tu sebab suka kopi kaw. Tq share

    ReplyDelete
  9. sejak diet nak naikkan berat ni dah kurangkan kopi. Tapi teringin pulak bila tengok termos pink comel.hehe

    ReplyDelete
  10. Suka kopi & nescafe,tapi yg ni belum pernah try...:)

    ReplyDelete
  11. bukan peminat kopi jugak. hehehe..

    ReplyDelete
  12. Sy pun minum essenso tp amik 2 in1 coffee n creamer sy letak stevia mmg sedap

    ReplyDelete
  13. Im not a coffee lover too tapi boleh minum essenso merah tu. Itupun mula2 letak separuh takut terasa sangat coffee. Tapi bila dh try not bad. Sedap bila mix dgn fresh milk. No need sugar or creamer pun.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!