pesta buku lelong

assalamualaikum

gigih update blog malam malam ni sebab takot nanti banyak cerita tertunggak.. anak tengah main kat luar dengan sepupu dia elok la aku update laju laju sebelum budak kecik tu buat perangai nak tido.. 😆 pesta buku lelong ni berlangsung pada 24 oktober hingga 27 oktober, kiranya hari ni dah habis la.. haha.. bertempat di tingkat 1 mydin mall gong badak.. 😄 sempat jugak aku ke sana hari jumaat lepas..

oh lupa pulak, ni pesta buku lelong anjuran SMObookstores.. 😁

harga memang murah melampau? ye memang betul ada buku harganya RM1 je uolsss.. kalau beli banyak lagi murahhhhhssss.. haa ni bukan sembang kosong ni betul betul bukan cubaan.. disebabkan harga murah melampau ni la ramai manusia bersesak kat situ.. 😅 cadangnya nak beli buku untuk sofia tapi tak jumpa yang best, yela dah ramai sangat orang macam mana nak cari.. huhu.. sudahnya aku terjah bahagian novel je..

ok ni harga novel, murah nak pengsan la..

aku beli 2 ketul ni je walaupon harga tu agak menggoda tapi bila fikir balik aku memang tak sempat nak baca kalau beli novel banyak banyak.. yang beli kat BBW itu hari tu pon tak sempat lagi aku nak habiskan..

cinta aku kepada novel dah tak seteguh dulu.. yela dulu hidup berdua je dengan suami agak agak bosan mengadap muka suami boleh mengadap novel.. sekarang ni tak boleh dah, baru pegang novel sofia dah datang kacau.. macam mana nak fokus? haha.. aku sempat belek novel pon kat tempat kerja tu pon masa rehat je.. dah ada anak memang terpaksa korbankan hobi aku nan satu ni la.. 😁

harga novel di atas RM7 je setiap satu.. korang kira sendiri la berapa aku dah habiskan untuk beli 2 ketul novel tu.. haha.. ok la nanti nak update pasal bundle pulak.. happy deepavali! 🙏

bye!
xoxo

4 comments:

  1. bestnya, kenapalah masa akak ada kat gong badak takde offer nih

    ReplyDelete
  2. Dulu mmg rajin pergi pesta buku dgn BBW tu tapi buku yang dibeli xbaca pun lagi. bazir betul.skang mmg tak pergi dah

    ReplyDelete
  3. awok kn minat novel. dulu saya pun tumpang baca novel.haha.
    kali terakhir baca novel awak tahun 2010. haha

    ReplyDelete
  4. bagus rajin membaca.. teruskan..
    xpe slow pun nak habiskan baca janji minat tu ada da sangat bagus.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!