DIY aksesori ala ala bollywood

assalamualaikum

majlis jamuan akhir tahun sekolah tinggal beberapa hari je lagi uols.. sis dah nervous ni.. segala persiapan masih lagi berjalan.. ewah macam nak urus majlis kahwin je gayanya.. jamuan akhir tahun je pon.. i is over.. 😆

seperti yang sedia maklum, jamuan akhir tahun untuk tahun ni bertemakan bollywood.. pecah kepala jugak fikir nak pakai baju apa.. tapi aku happy dah sekarang ni sebab baju bollywood aku dah settle.. yahooo! semalam sepupu aku whatsapp bagitau skirt dah siap.. balik kerja semalam berdesup pergi amek skirt.. dan alhamdulillah.. cantik sangat skirt i tu uolss.. tak boleh tayang kat sini lagi, tunggu nanti aku pakai hari kejadian.. ekeke..

baju dah settle, kita beralih kepada aksesorinya pulak.. korang pon tau kan kalau bollywood memang banyak aksesori.. tapi bergantung kepada outfit kita jugak.. kalau dah merelip, boleh kurangkan sikit aksesori.. macam outfit aku tak berepa merelip, so aku nak add on aksesori sikit.. dannnn kalau korang nak tau, aksesori bollywood ni sangat la mahal kekdahnya.. aku tak mampu, jadi marila kita DIY secara sederhana dan bawak bawak sedar diri yang kita ni tak kaya.. 😂

segala perkakas ni semua aku beli kat kedai eco kecuali gelang india tu apa ke nama entah, tu kak yana belikan untuk aku.. mahal oi seketul tu.. 😓

setelah berhempas pulas sampai sakit jari, ni la hasil pertama.. ni nak letak kat dahi, orang panggil tikka kot.. haha.. boleh la dari takde.. 😂

dan ini hasil kedua.. ni nak buat harness bracelet tapi aku buat simple simple je sebab nanti nak pakai henna lagi.. taknak sarat sangat macam nak kahwin dah gayanya.. 😅
harness bracelet ni gelang yang bersambung dengan cincin.. harap korang boleh bayangkan la bentuknya macam mana..

punya banyak beli perkakas, sekali hasilnya dapat dua je.. haha.. aku DIY amek situ sikit, amek sini sikit tu yang dapat dua benda je.. ok la tu kan.. nanti tengokla macam mana aku pakai.. on ke tak on.. bollywood ke ke laut.. 😂😂😂

bye!
xoxo

15 comments:

  1. sure tk sbr dh tu..majlis dh tk lama lg nk melaram tema bollywood kn

    ReplyDelete
  2. mesti meriah nih.... dapat di bayangkan dah
    bajunya lak mesti meletups tau...

    ReplyDelete
  3. ezy, boleh tak nanti tinggalkan no hp kat email akak, norhidana@gmail.com
    kot2 boleh jumpa sepanjang kt sana nnti

    ReplyDelete
  4. kreatip nya awak....
    tak sabar nak tunggu hari kejadian.. boleh tgk outfit awak

    ReplyDelete
  5. tak sabar pulak ammi nak tgk awak bergaya nanti. pastikan masa amik gambar tu mata jeling ala2 bollywood gak tau

    ReplyDelete
  6. perhhh ! tudiaaaaa siap dah perkakas dia ! hip hip horeyyy~ tak sabor nak nengok sesi melaram ahaksss

    ReplyDelete
  7. Wah, rajinnya! Cantik pula tu! Selamat ber-bling bling Bollywood!

    ReplyDelete
  8. kreatifnyaaa.. nanti update naa :) mesti cunss

    ReplyDelete
  9. kreatif
    tak sabar nk tgu ezy pakai. jgn lupa update ye

    ReplyDelete
  10. tak sangka kat eco ada aksesori mcm ni.

    ReplyDelete
  11. mesti letops ni..tak sabar nak tengok OOTD

    ReplyDelete
  12. Selalu tengok citer hindustan so bolehla bayangkan rupa aksesori semuatu.hehe

    ReplyDelete
  13. hahhaa.. dh boleh bayangkan memang meletop!

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!