acara kemuncak setiap tahun

assalamualaikum

jamuan akhir tahun merupakan acara kemuncak sekolah setiap tahun dan event yang paling dinanti nantikan oleh warga sekolah.. boleh melaram sakan dan paling penting banyak hadiah menanti.. haha.. tahun ni jamuan kat sutra beach resort, setiu bertemakan bollywood.. korang pon dah sedia maklum kan sebab aku dah gebang dalam blog sebelum ni.. 😆

nah OOTD aku yang korang tertunggu tunggu tu.. persiapan bukan main gempak tapi sudahnya tak gempak pon.. aku bollywood kampung je.. 😂

majlis start pukul 2.30PM, aku sampai awal jugak la sempat berdondeng dondang bergedik santai tepi kolam.. hee.. aku tak sempat nak make up pon sebab rasa macam kelam kabut dengan kawan aku duk push suruh cepat.. ya ampun aku rasa macam tengah berlari 4 x 400m.. sudahnya macam gitu jela rupa aku.. nasib baik memang dah cantik.. kahkahkah

ni dua orang yana yang sporting.. yang baik.. yang comel.. yang cantik..

dengan artis artis bollywood, aku make up artis je.. 😂

event ni bermula macam biasa la dengan ucapan ucapan orang orang besar, lepas tu makan makan.. masa orang lain sibuk makan, aku sibuk bergambar.. sudahnya dapat makan dessert dengan buah je sikit.. sempat merasa kambing golek sikit.. haha.. aku ni kalau dapat bergambar tak makan pon takpe.. nanti kenyang la tengok gambar sendiri cantik.. 😆

masa makan makan tu jugak berlangsung la acara paling ditunggu tunggu iaitu cabutan bertuah.. banyak hadiah best best weh.. tapi kecewa sebab tak dapat hadiah paling grand.. haha.. aku dapat hamper dan jugak tangga.. 😑 yang untungnya suami aku la sebab tangga tu sah sah aku bagi kat dia..

sis dapat tangga, korang dapat apa? 😂
bolehla sis menuju puncak kejayaan dengan tangga ni..

habis majlis dalam pukul 5.30PM macam tu, pengetua ajak bergambar ramai ramai tapi masa ni ada yang dah balik.. 😊
alhamdulillah best sangat semua sporting habis!! 😍

dak akma ni menang lagi tahun ni.. tahun lepas dapat award saloma, tahun ni dapat award kajol pulak.. haha.. untuk kategori staff takde tahun ni.. kalau ada pon aku tak menang sebab ada yang lagi gojes dari aku.. 😆

BFF 💗

agak terkilan sebab tak sempat nak bergambar dengan geng GG aku.. masa dah habis majlis tu memang dah plan nak bergambar sama sama tapi agak kelam kabut sikit.. ramai pulak yang tarik kajol nak bergambar.. haha.. dah glemer macam tu la.. 😂 sudahnya takde gambar geng GG untuk tahun ni.. cuba lagi la tahun depan.. agak agak tahun depan tema apa pulak ye.. 😁

p/s : gambar tak cantik sebab amek kat facebook je malas nak transfer gambar ke laptop.. huhu

bye!
xoxo

14 comments:

  1. meriahnya semua... bestlah ada acara gini, tempat nya pun best

    ReplyDelete
  2. Finally.. dapat pun tgk dak Ezy ni berbollywood.
    Gigih noh..
    Btw. baju awak cantek. Tak sarat dan sesuai utk guna lagi lepas ni..

    ReplyDelete
  3. wah..tema bollywood lagi. nice!!!

    ReplyDelete
  4. wahhh , rarely ade hadiah macam tangga .

    ReplyDelete
  5. hadiah tangga! unik sangat. tak penah lagi rasanya jumpa hadiah macam tu. hehehehe

    ReplyDelete
  6. Wah ini pertama kali dengar hadiah tangga untuk cabutan bertuah. Boleh la saya usulkan pada urusetia Family Day nanti..

    ReplyDelete
  7. Wahh...cantik lah Sis.. bollywood sungguh..
    akhirnya berjaya jg majlis yg ditunggu2..:)

    ReplyDelete
  8. Janji ikut tema. Letop gak OOTD Ezy :)

    ReplyDelete
  9. amboiii mak ngahhhh merahnya diaaa ;-)

    ReplyDelete
  10. rare sgt adiah cabutan ebrtuah adiahnya tangga tu tp okla..berguna tu hehe

    ReplyDelete
  11. uuish hadiah dapat tangga eh ? sangat rare ni..

    ReplyDelete
  12. menarik cabutan bertuah dapat tangga. nanti feeling pusing-pusing tangga dengan suami ye. lawa betul si 'kajol' tu, nanti awak pakailah gitu

    ReplyDelete
  13. Bestnya ada tema macam ni. kalau kat sklh CR selalu tema warna je,,
    tema bollywood ni cam pyh ckit semua setuju.hehe

    cabutan bertuah tangga tu mmg rare.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!