terjah bigbadwolf!

assalamualaikum

serigala jahat datang kembali ke bumi terengganu.. lama dah aku menunggu kedatangan serigala jahat ni maklumla pencinta buku memang camni nak tunggu buku murah murah je baru nak beli.. eh tak jugak, kadang kadang kalau ada duit lebih boleh je beli buku mahal.. 😆

disebabkan terlalu lama menanti kehadiran beliau, sekali beliau datang haruslah ajak suami angkut sekali dengan anak terjah bigbadwolf sebanyak tiga kali.. harap boleh terjah untuk kali keempat tu pon kalau suami nak layan lagi karenah isteri ni.. 😁

ni terjahan kali pertama, buku buku elok lagi tersusun dan banyakkkk lagi

bigbadwolf kali ni buat kat parking kereta mydin mall so agak panas walaupon ada kipas banyak tambah lagi dengan orang ramai.. sofia pulak buat perangai taknak duduk dalam troli lepas tu dia nak berlari lari dalam tu ingat ni taman permainan ke nak oi.. berhuhu jela mommy..

tak selesa nak berlama lama kat situ, aku pilih buku mana yang sempat dicapai dek akalku jela.. macam lirik lagu pulak.. 😆 nasib baik jugak suami aku ni jenis layan je dia takkan marah kalau bersesak pon dalam tu.. tinggi tahap kesabaran dia ye.. 😅

ni hasil terjahan pertama semua buku sofia, mommy punya seketul jeee..

tengah nak kuruskan badan, ni jela aku nak.. 😂

untuk terjahan kali kedua sebenarnya secara tak sengaja.. kebetulan aku tengah busy shopping baju raya, sekali terjumpa pulak dengan pengasuh sofia satu family.. diorang ajak terjah bigbadwolf aku on je.. pencinta buku memang tak kisah.. haha.. hasil terjahan kedua lupa amek gambar, aku beli buku sofia je dua ketul.. suka la si kecik tu dapat buku banyak..

dan terjahan kali ketiga aku pergi semata mata nak beli novel je sebab dah lama sangat kot tak baca novel.. sekali sekala nak lepas gian jugak.. haha.. tapi tu la, tak tau bila nak baca dan novel yang aku beli tu masih elok duk dalam plastik.. 😓 takpe nanti boleh curi curi masa nak baca.. 😁

hasil terjahan kali ketiga.. majalah gila gila pon aku rembat kengkonon nak hilangkan bosan time anak tidur.. tapi nan hadooo belek handphone jugak aku buat.. 😂

bagi aku agak menyeronokkan la kalau dapat pergi tempat tempat jual buku murah murah ni.. spend duit lebih sikit untuk buku tak salah kot sebab yang kita dapat nanti ilmu jugak.. ilmu tu mahal ok..

bye!
xoxo

10 comments:

  1. bestnya... mmg berbaloi2 kalau pergi ke sini..

    ReplyDelete
  2. kalau terjah big bad wolf ni memang borong sakan lah buku sebab murah murah semuanya kan

    ReplyDelete
  3. Hari tu dah planning .. tp ngam2 takda duit huhu

    ReplyDelete
  4. Big bad wolf byknbuku2 best utk budak2 kan

    ReplyDelete
  5. amboi sofiaaa kemain lagi die ye hehe

    ReplyDelete
  6. tak pernah pergi tapi kalau pergi mmg sure akan borong sakan buku2 yg ada..

    ReplyDelete
  7. ulat buku wajib terjah.. lama dh tak beli buku

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!