seminggu berGM Diet

assalamualaikum

memang dah sedia maklum aku sekarang sangat gigih untuk turunkan berat badan.. dah dua bulan aku diet, hasilnya dah turun sebanyak 11.7kg.. aku tak makan ubat kurus yang harganya sangat mahal semata mata nak diet.. aku cuma buat intermittent fasting je lepas tu kadang kadang eatclean..

korang buatla diet macam mana sekali pon, kunci utamanya adalah semangat.. jangan hangat hangat tahi ayam je, kang berat tak turun kau pulak yang stress.. sebelum ni dah macam macam cara aku try nak diet, tapi semuanya ke laut last sekali stress sebab berat tak turun turun.. tapi sejak buat intermittent fasting ni, serius cakap aku tak stress tapi enjoy je diet..

panjang pulak mukadimah, asalnya nak cerita pasal GM diet je.. haha.. info pasal GM diet boleh KLIK SINI.. lepas raya korban aritu rasa macam nak try GM diet konon nak cabar diri boleh ke tak.. alhamdulillah berjaya tapi ada jugak langgar pantang sikit sikit.. biasala tak tahan godaan tengok makanan.. 😂

hari pertama : buah buahan
menu aku : blueberry, kiwi, buah naga dan oren

hari kedua : potato dan sayur sayuran
menu aku : potato bakar dan sup brokoli carrot

hari ketiga : buah buahan kecuali pisang dan sayur sayuran kecuali kentang
menu aku : buah naga, papaya dan tomyam sayur

hari keempat : susu dan pisang
menu aku : susu farm fresh dan pisang
ni menu paling ditunggu tunggu sebab sedap dan kenyang.. 😂

hari kelima : protein dan tomato
menu aku : ayam bakar cucuk cucuk je dengan tomato ceri

hari keenam : protein dan sayur sayuran
menu aku : fritata tapi bukan bakar.. aku main hentam je ni.. 😂

hari ketujuh : roti/brown rice, buah buahan dan sayur sayuran
menu aku : jus kiwi, roti dan salad, papaya dan kacang kuda

cara aku macam ni, aku buat GM diet gabung sekali dengan intermittent fasting.. IF biasa aku buat sepanjang GM diet ni 16jam ataupon 18jam.. tak berani nak buat lama lama takot nanti aku yang pengsan.. 😂 sepanjang hari tu, kita boleh makan ikut menu yang telah ditetapkan je.. tak boleh curi curi makan benda lain..

leader aku cakap, GM diet ni tak boleh amalkan selalu.. sebab berat akan turun mendadak risau akan naik balik mendadak.. memadai kalau nak cuba sebulan sekali je.. 😄

ni la hasilnya setelah berGM diet selama seminggu.. tak turun banyak sebab aku tak ikot sangat menunya tu.. aku buat ikut suka hati aku je janji tak stress.. haha

target aku nak berat 65kg.. banyak kilo lagi kena turunkan.. harap aku terus istiqomah dan kuat semangat.. 💪💪💪💪

bye!
xoxo

10 comments:

  1. Wah tahniah. Byk tu turun.. mama.pun baru Usha intermittent fasting tapi mm x sanggup diet no carbo

    ReplyDelete
  2. ezyyyy! alaaaa bestnye tgk menu-menu tu semuaaa! aduhhh teringin nak try IF jugak tp tu lah tak cukup kuat tahan nafsu makan hahaha

    ReplyDelete
  3. Kalau istiqomah bukan berat 65, silap2 boleh cecah berat ideal 58 nie

    ReplyDelete
  4. Wah.. Bagus.. Aku buat eatclean hanya turun 4kg je, pastu statik. Tapi berat ideal sudah dapat. Cuma kalau nak lagi langsing mcm zaman anak dara kena la turunkan lagi sekitar 5-6 kg. Tapi tang perut mmg tak banyak inchloss

    ReplyDelete
  5. semuanyaaa sedappp! haha.. nina pun dh gemok. tahniah berjaya juga tu

    ReplyDelete
  6. Teringin nak buat GM diet ni tapi hari ke 2 tu macam bermasalah skit sbb sayur je. haha

    good luck awak. kita pun dalam proses diet. tp IF je yang x eat clean. semua bedal. huhu.

    ReplyDelete
  7. bestnya tgk menu menu ni. semoga konsisten dan berat semakin menurut.

    ReplyDelete
  8. Tq for d info..sgt membantu.Minggu nie nak try GM diet.Pernah try last year..mmg berkesan.hope for d best.😀😍

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!