cerita aidiladha

assalamualaikum

kat rumah memang aku susah sikit nak update blog sebab si sofia pon akan sama sibuk nak menekan keyboard.. jadi hari ni dah masuk kerja baru la boleh update blog.. banyak benda nak update tapi bagi laluan kat cerita aidiladha dulu.. selamat hari raya aidiladha buat korang semua.. 😄

dah nama raya tak kisah la tetap nak bertema jugak.. kita gunapakai je tema aidilfitri itu hari.. royalblue.. 😁

sebelum gerak ke kampung suami, sempat la berselftimer selfie dulu tiga beranak ni.. baju anak dengan baju bapak recycle je aidilfitri punya, yang mak punya taknak kalah, sanggup beli baju baru.. dasarrrrr.. kahkahkah..

OOTD sofia tetap ada walaupon dia pasrah je pakai baju recycle..😅

abah mertua aku ada buat korban kat masjid.. jadi kitorang terus ke masjid tempat sembelih lembu tu.. makan makan lepak lepak kat situ sampai ke tengah hari.. lepas tu gerak pergi rumah kakak aku.. singgah sana singgah sini, petang baru balik rumah.. rehat kejap kat rumah, dah petang sangat gerak ke rumah kakak sulung aku pulak.. esoknya ada kenduri rumah aku, jadi tolong potong potong bawang kat rumah kakak sulung aku.. 😊

OOTD sofia raya kedua.. ni baju baru ok.. 😂

raya kedua tu ada kenduri kesyukuran dan aqiqah kat rumah aku, tak sempat la aku nak berposing bergambar bagai.. busy layan tetamu je.. bukan aqiqah sofia pon sebenarnya, ni aqiqah anak anak sedara aku.. sofia punya aqiqah dah lepas masa umur dia sebulan lagi..

tak sangka la ramai jugak tetamu yang datang.. alhamdulillah.. takde la membazir makanan kan.. majlis pon simple simple je cukup la dapat kenyangkan perut tetamu yang datang.. haa gitu.. 😆

raya dan makan mana boleh dipisahkan.. sepanjang raya ni aku makan tak ingat dunia, habisla diet aku woi.. haha.. pagi tadi naik penimbang nasib baik berat turun tak naik.. 😂

itu jela cerita aidiladha aku.. 

bye!
xoxo

6 comments:

  1. salam perkenalan..

    wahh tema royal blue ya.. ma fav color. salam aidiladha..a bit late tho hehe

    ReplyDelete
  2. alaa tomey nyer dia pakai bj kurung👍👍

    ReplyDelete
  3. Aww Sofia is super cute with that dress.
    Anyway, it's good to see some people had an amazing Aidiladha.

    ReplyDelete
  4. Comelnya sofia. meriah raya buat ibadah korban

    ReplyDelete
  5. Cantiknya korng pakai blue royal

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!