beli baju baru??

assalamualaikum

semalam ada sambutan bulan kemerdekaan dan hari kantin kat sekolah.. jadi, aku terpaksa beli baju baru untuk majlis ni.. terpaksa ok sebab takde baju dah nak pakai walaupon baju penuh satu almari.. *perempuan memang complicated 😂 ala baju bukan mahal pon harganya RM69 sahaja.. beli sebab nak ikut tema hari kemerdekaan.. 😁 tak membazir nanti boleh pakai lagi pergi kerja.. 😄😅

nah OOTD sis semalam..
tudung merdeka tahun lepas punya je sebab jarang jarang pakai.. nampak macam baru lagi..

sebab semalam ada dua event dalam satu hari, tambah lagi ada bukak gerai jualan, diet aku ke laut dalam sikit semalam.. makan pon main hentam je asal kenyang tapi tak makan banyak pon.. aku masih sedar diri yang aku masih gemok.. 😆

sebelum majlis perasmian bermula, sempat lagi bergambar seketul dua.. 😁

dah selesai majlis perasmian pon bergambar lagi.. 😅

penuh makanan kat atas meja..
ni kat kantin, depan belakang kiri kanan ada gerai jualan..

ni dua dua cikgu sains yang selalu guna makmal aku.. selalu jugak kena buli dengan aku.. haha
diorang sporting.. 😘

kat kantin ni ada karaoke lagu patriotik.. sempat jugakla aku karaoke seketul lagu.. harap tak pekak telinga diorang dengar suara aku yang sumbang tu.. haha.. ada pertandingan buat sandwich dan jus kesihatan jugak kat kantin ni.. tak sempat nak tengok sebab dalam kepala otak aku ni fikir nak bergambar kat pentas utama je.. kat situ banyak props rugi la tak bergambar.. 😆



gunakan segala props yang ada.. bila baju dah sama kaler dengan background, kau posing cantik cantik pon tetap tak nampak weh.. 😂 takpela sis redha..

nasib baik la ada student tolong amek gambar kitorang.. layan je dia dengan perangai kitorang ni.. haha.. berpuluh gambar kitorang kat sini.. jenuh nak pilihla gambar cantik cantik nak upload kat media sosial.. ala macam tak biasa upload gambar cantik je, yang buruk terus delete.. kahkahkah..

alhamdulillah.. majlis berjalan lancar dan aku pon seronok.. bukan selalu macam ni.. bila ada event je dapat gedik sana sini pon.. hari hari biasa menyorok dalam makmal tak tengok dunia luar.. haha

selamat hari merdeka dan selamat bercuti.. kikiki..

p/s : tajuk dengan isi cerita ada kaitan jugak la kan walaupon perenggan pertama je cerita pasal baju.. 😂😂😂😂
p/s lagi : ala macam tak best je ayat ayat aku karang entry ni.. 😔
p/s selagi mampu : skill mengarang ayat best dah hilang ke ni? ok baik.. *redha 😑

bye!
xoxo

6 comments:

  1. Wah.. syoknya ada ramai kawan kat tempat keje.. slmt hr merdeka dan welcome September!

    ReplyDelete
  2. cantik baju baru dia.... mmg kene dengan tema betul

    ReplyDelete
  3. alang-alang beli baju baru untuk merdeka tu boleh guna untuk akan datang kan. betul juga tu. hihi

    ReplyDelete
  4. nice colour..
    Happy Independence Day!

    ReplyDelete
  5. cantik dan nampak sedondon
    teringin nak beli tudung bendera Malaysia tapi bila dh kat tangan rasa mcm segan pulak..hehee

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!