potluck kecil kecilan

assalamualaikum

plan asal nak  buat potluck kat makmal masa raya itu hari, tapi dah tersasar jauh dari plan asal maka terjadi la potluck lepas raya.. tempat pon berubah buat kat kelas PPKI, sebab kat kelas diorang serba lengkap ada pinggan mangkuk singki bagai.. siap ada dapur lagi.. jadi senang buat kat situ jela..

bawak sikit sorang, banyak pulak makanan.. πŸ˜…

menu utama sepatutnya ada nasi lemak, tapi disebabkan cikgu yang buat nasi lemak tu tak sihat kitorang teruskan je majlis tanpa nasi lemak dan makan jela apa yang ada.. aku buat puding biskut tiger.. first time buat cuak jugak nak bagi orang makan.. nasib baik sedap tapi kastard tu jadi lembik pulak.. nanti aku up resepi kat sini..

dah kenyang, selfie la.. muka bahagia lepas makan.. πŸ˜†

takde jemput ramai pon, potluck untuk kita kita je sebenarnya ni sebab tu dipanggil potluck kecil kecilan.. yang mana rapat dengan kitorang je bertuah dapat makan.. nampak kejam tak? πŸ˜‚

sekali sekala berpotluck macam ni best jugak kan tapi masalahnya geng GG aku ni setiap bulan ada je agenda makan makan.. takpe kami bahagia macam ni, itu pasal ada je yang jeles dengan kami.. *tetiba ajak membawang

tengok muka bahagia kami ni..πŸ˜„

bahagia je kan kami? πŸ˜‹

perlu ke nak mention bahagia banyak kali? perlu sebab nak bagitau kami bahagia dapat makan banyak dan kami bahagia walaupon makan banyak kami tetap nampak kurus dalam gambar.. kahkah..

lagi sorang ahli geng GG tak dapat join sebab masih dalam pantang.. dia tengah happy dengan baby baru, dan kitorang kat sini happy bersama makanan.. πŸ˜†

bye!
xoxo

8 comments:

  1. seronok ye lepas makan hehehe

    ReplyDelete
  2. bilik ppki mmg lengkap semua, bilik rekreasi ppki kt sekolah anak akak mmg lengkap ngn singki, toilet situ... murid2 ppki mmg selalu bt majlis kt dlm tuh... meriah tgk

    best nengok potluck kecil2 tuh

    ReplyDelete
  3. Meriahh potluck dia, macam macam makanan ada!

    ReplyDelete
  4. seronoknya ada ramai geng kat sana!..
    huwarghhh..jeles..

    ReplyDelete
  5. Banyak jugak makanan tu walaupun sorang bawa sikit-sikit je.

    ReplyDelete
  6. best jugak bt potluck selalunya time raya bila berkumpul ramai-ramai akan bt

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!