minggu yang sibuk

assalamualaikum

sejuk pagi ni kat sini, otak pun membeku.. jadi nak update cerita yang minggu lepas punya sebab tak tau nak update apa dah sekarang ni.. haha.. minggu lepas berlangsungnya hari kokurikulum kat sekolah kat aku selama dua hari iaitu pada hari selasa dan rabu.. aku dah start busy hari ahad lagi tapi sempat je pon potluck kejap.. 😄

aku sibuk uruskan hadiah bersama seorang cikgu je.. tapi aku just tolong tolong mana yang perlu jela.. kerja belakang tabir memang macam ni..

yang pakai baju oren tu orang kuat sekolah.. haha

penuh la bilik aku ni dengan lambakan hadiah yang super banyak.. letih kot nak siapkan semua tapi aku happy.. bila kita ikhlas dalam melakukan sesuatu tu pasti kita happy.. ewah tetiba hakak bermotivasi pehal.. 😆

petang selasa tu cuma berlangsung acara sukan kat padang, tapi ada jugak yang bukak gerai jualan.. macam macam hado.. tinggal sediakan duit je nak shopping.. 😁😁😁 hari rabu pulak bermula dari pagi sampai petang tapi takde la petang sangat.. dalam pukul dua petang macam gitu dah tutup semua gerai..

senamrobik di pagi hari.. muncung teruk mulut aku dah kenapa.. 😂

abang abang JPAM bersama binatang peliharaan mereka.. 😅
aku mampu tengok dari jauh je.. berdiri bulu roma tengok ular.. 😩

ni tugas aku masa hari rabu tu.. jaga booth sains dan matematik.. 😊

banyak sangat acara masa hari kejadian tu sampai aku lupa nak update apa kat sini.. kahkahkah.. gambar banyak kat facebook sekolah aku malas nak download banyak banyak lepas tu kena upload kat sini banyak banyak.. aku kemalasan sangat ni.. haha

kami berbaju merah

so itu jela cerita aku.. nak buat penulisan yang agak meletup hari ni idea tak keluar sebab otak tengah membeku.. hujan kat sini elok berhibernasi la kejap.. hee..

bye!
xoxo

12 comments:

  1. Wahhh.. sis nampak kurus la.. bagus2..
    banyak jugak aktiviti sis kat sekolah.. i kat company ni mereput je la dgn tender2..

    ReplyDelete
  2. best nya..teringat zaman sekolah dulu ..nak jadi cikgu tak mampu..hihi

    ReplyDelete
  3. tapi ular tu x patuk, kan? hehehe

    ReplyDelete
  4. Wah mmg betul2 penuh jadual tu

    ReplyDelete
  5. Tengok gambar-gambar tu pun dah terasa memang a busy week.

    ReplyDelete
  6. wahhhh hectic samelahh kitoo hehehe

    ReplyDelete
  7. wahhh. meriahnya semua.. ular tu pun sihat betul. besar. hehe

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!