meriahnya aidilfitri

assalamualaikum

raya kan sebulan.. selagi tak habis bulan syawal selagi tu kita beraya.. entry kali ni aku nak cerita meriahnya sambutan aidilfitri yang aku sambut kat sekolah hari khamis minggu lepas.. setiap tahun memang wajib sambut kat sekolah! 😁

jadi ini la masanya cikgu cikgu, budak budak dan staff staff nak melaram.. bukan selalu pon setahun sekali jeee.. aku pon tak lepaskan peluang ni.. melaram sakan la walaupon OOTD aku murah murah je.. asal cantik.. 😂

nah belanja OOTD dulu..
tudung murah.. blouse murah.. kain batik free.. haha
murah takpe asal cantik.. 😚

raya kan? makan laaa.. 😆

booth pertama kitorang serang ialah booth form 6.. tiap tiap tahun makanan diorang sedap.. mahu tak serbu dulu.. haha..

sekolah aku ni takde dewan besar, so buat majlis dekat dataran perhimpunan je.. untuk majlis raya ni, garaj kereta dijadikan booth booth untuk setiap kelas.. kira macam rumah rumah la.. kitorang boleh je nak pergi beraya kat booth mana mana.. 😊

aku sempat singgah 2 booth je.. mana nak sempat sebab sibuk bergambar.. haha.. makan makan lepas tu bergambar lapar cari makanan dah kenyang sambung bergambar..

ni geng aku tapi tak cukup sorang ahli.. yang sorang tu katanya kursus.. hehe

jangan memain weh, aku kat sekolah siap ada geng bagai.. kalah budak budak punya perangai.. kahkah.. geng aku ni dinamakan geng GG.. GG tu hanya kitorang je tau apa maksudnya.. geng aku ni bukan la gengster pon, geng makan makan je.. selalu buat makan makan kat sekolah.. maklumla kitorang suka makan.. 😅

BFF~ 💗
yang baju kuning tu tak lama dah nak beranak.. haha

tak sempat nak bergambar dengan boss.. dengan kereta boss pon jadilah.. 😂

gambar banyak aku upload kat facebook je.. nak letak banyak banyak kat blog rasa malas pulak.. letak dua tiga ketul pon boleh la.. asalkan boleh dikenang kenang di masa depan.. haha..

p/s : gambar tak clear sebab screenshot je kat IG.. i is malas nak transfer gambar.. 😂

bye!
xoxo

8 comments:

  1. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

    ReplyDelete
  2. Seronok kan raya.. Enjoy your raya... Selamat hari raya maaf zahir batin...
    Raya2 ni seronok pi ke open haus kan

    ReplyDelete
  3. Wahh, Ezy lab assistant rupanya. Memang time ni lah nak melaram kan. kalau tak mesti pakia lab coat je hehe. Selamat Hari Raya Ezy! Nad follow sini ye #862

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam, wow sakan raya. hehee. Selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  5. meriah betul ni... mesti open house smpi hjg bulan ;-)

    ReplyDelete
  6. untunglah mommy posing sakan kat majlis jamuan raya sekolah. mentang2lah sofia takde kat situ kikiki

    perhhh silau tengok kete boss. Bumblebee gitteww~ hehe

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!