resepi puding kastard jagung

assalamualaikum

agak kelam kabot masa nak hasilkan puding kastard jagung ni.. macam biasa aku google je resepi asal.. bila dah ada resepi, mulakan misi mencari bahan bahan yang diperlukan.. bila bahan bahan semua dah cukop, ok jom mula memasak!

agak confident masa beli susu.. dalam resepi nak susu cair, tapi entah macam mana aku tak perasan langsung aku teramek susu pekat.. damn! masa nak masokkan susu tu dalam periuk baru perasan yang aku beli bukan susu cair tapi susu pekat.. grrr.. nak tak nak terpaksa la guna susu pekat..

bahan bahan :

  • 1 tin jagung creamy
  • 1 tin susu cair (aku guna susu pekat agak agak dalam 1/2 tin)
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan gula pasir (boleh kurangkan kalau guna susu pekat)
  • 1 1/2 cawan tepung kastard



cara membuatnya :
  1. bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati kemudian masuk ke dalam periuk.. masukkan gula, jagung dan susu..
  2. masak puding dengan api yang kecil hingga masak (bancuhan kelihatan berkilat)
  3. masuk ke dalam loyang/talam.
  4. biarkan sejuk seketika dan masukkan ke dalam peti ais..
  5. siap untuk dimakan!

mari membancuh kastard!

puding kastard jagung in progress!

akibat kecuaian aku silap beli susu, mula mula buat puding tadi cuak jugak.. aku tengok bancuhan macam tak nak masak.. takde tindakan refleks antara kastard dan susu pekat.. tapi lama lama berkat kesabaran aku mengacau bancuhan akhirnya menjadi jugak! yea~ so sekarang kalau tak suka guna susu cair boleh je guna susu pekat.. ngehehe..

rupa tak seberapa tapi rasa tu ada..

sekian sahaja laporan masakan untuk kali ni.. selamat mencuba!

daA~

8 comments:

mas saari said...

favourite akak ni, sedapnya!

nanakimie said...

da lama xmkn puding jagung!sedapnya cik ezy...huhuhu.....

syafiqakarim said...

kak buat kan !hanto kt bloggg
hahaha

intan morsalin said...

tq dik share resepi ni...nak try wat lama..hihihi...xpernah wat lagi ni

saffiya_aleesya @ echa said...

saya pun ngah cuba buat puding jagung ni..kalau nak lebih cantik n comel jgn buat dlm loyang besar..letak dlm acuan kecil2 jer!!

EYFAalias said...

tak pernah makan. sebab nampak macam kat kedai2, mcm xbest je. tp tgk gambar ni macam sedap plak.

Rtp Farra Arisha said...

me too love this. :) sis nanti bolehlah buatkan untuk arisha! hehehe

zara'adha said...

sedap nye..macam senang je nak buat..